Pages

bumbung meru, atap tumpang

Bumbung bentuk meru dan beratap tumpang merupakan fenomena biasa bagi masjid-masjid terawal.Juga disebut bumbung som pecah empat atau bentuk tajuk. Perkara ini jelas menunjukkan pengaruh bangunan stupa atau bangunan kuno pada zaman kebudayaan Hindu atau Buddha yang bertapak di sini dariabad ketujuh sehingga keempat belas. Pada puncak bumbung dipasang ragam rias Di Malaysia bentuk ini disebut masjid bumbung berlapis atau som (rabung) pecah empat atau dinamai juga masjid bumbung bertingkat. Masjid berbumbung begini senang untuk dikenali kerana bumbungnya berlapis lebih daripada satu.



Gambar menunjukkan Masjid Tua Palapo. Bumbungnya menggunakan bentuk meru dan atap tumpang 3 lapis. 3 lapis adalah symbol kepada tingkatan syariat, makrifat dan hakikat.

Masjid bentuk meru beratap tumpang mempunyai ciri yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat lain, bergantung kepada ciri budaya etnik di setiap daerah. Menurut buku Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara karangan Abdul Halim Nasir, masjid berbumbung meru ialah masjid Melayu-Nusantara kerana bentuk ini terdapat di seluruh dunia Melayu.




credit

1 comments:

Harleny Abd Arif said...

salaam ziarah dan salam silaturrahim...

Mohon jasa baik untuk kreditkan sumber dari laman blog mana foto2 masjid diduplikasi dengan melabelkan di bawah foto sebagai berikut:

Sumber foto dari laman jejakmihrabmimbar.wordpress.com

Ketelusan saudari amatlah dihargai. Perkongsian ilmu juga amat dialu2kan dalam sanggar laman blog saya.

Wassalam.

 
ziesya zulkifli. Powered by Blogger.