Pages

Mandala, Dougong, Wat, Tri Angga

Mandala

Mandala membawa maksud linkaran dalam Bahasa Sanskrit. Mandala adalah sebuah konsep Hindu, juga digunapakai dalam konsep Buddha sebagai ritual keagamaan. Motif yang selalu diketengahkan ialah empat segi dengan 4 gates atau pintu dan mengandungi lingkaran yang merupakan punca utama atau central point.. setiap gate berbentuk T. Mandala dan diagram yang mempunyai petak empatsegi dan lingkaran ini mempunyai signifikasi yang tersendiri dalam kedua-dua Buddhism dan Hinduism. dari segi senibina tradisional Indonesia, mandala atau Sangga mandala merupakan acuan mutlak. Ianya disusun dari tiga sumbu iaitu:

1) Sumbu Tri Loka: Bhur, Bhwah, Swah;(litoser,hidrosfer,atmosfer)

2) Sumbu ritual: Kangin (terbitnya matahari) dan Kauh (terbenamnya matahari)

3) Sumbu natural: gunung dan laut

Dougong

Dougong merujuk kepada elemen unik yang bertujuan untuk memegang sesuatu struktur. juga dikenali sebagai wooden brackets. Kegunaanya adalah untuk memegang tiang atau struktur bumbung. setiap kepingan ini dicantum menggunakan konsep seakan tanggam dan tidak menggunakan sebarang pelekat. Ini membuktikan kepakaran seni tukang kayu tradisi.

Wat

wat ialah satu kompleks suci bagi penganut agama Buddha. Ia terdiri daripada perumahan para sami, kompleks perumahan, patung Buddha yang besar dan strutur-struktur untuk pengajaran seperti kuil. Wat mestilah mempunyai lebih daripada 3 orang biarawan, jika tidak ia tidak dikategorikan sebagai Wat, walaupun istilah ini seringkali digunapakai secara lebih longgar.

Tri Angga

Tri Angga merupakan salah satu bahagian daripada Tri Hita Karana, (Atma, Angga, dan Khaya). Ianya merupakan sistem pembahagian zon atau kawasan dalam senibina tradisi.

1) Utama, bahagian paling tinggi (kepala)

2) Madya, bahagian di tengah (badan)

3) Nista, bahagian paling bawah (Kotor, rendah, kaki)

0 comments:

 
ziesya zulkifli. Powered by Blogger.